Dalam semua hal yang berkaitan dengan penciptaan manusia segala-galanya adalah dalam kuasa Allah swt.
Jika Allah berkehendak untuk menjadikan sesuatu maka Dia berfirman 'kunfayakun' maka 'jadilah' apa yang di kehendaki.
Oleh yang demikian walaupun kita telah berusaha gigih untuk mendapatkan anak tetapi jika Allah tidak mengizinkan maka tidak akan terjadi kehamilan yang akan menghasilkan zuriat.
Kelahiran anak lelaki masih menjadi pilihan utama di kalangan masyarakat dunia terutamanya di kalangan masyarakat timur.
Pilihan anak lelaki masih sangat kuat pada kalangan masyarakat cina dan korea.
Keinginan yang membara untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan menyebabkan mereka terus menerus berusaha sehinggalah jantina yang di idam-idamkan berjaya di perolehi.
Dari segi perobatan pula,pilihan jantina menjadi penting jika berlaku sesuatu penyakit yang berkaitan dengan jantina.Misalnya penyakit Hemophilia yaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan darah.
Penghidapnya yaitu anak lelaki akan mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir keluar jika terluka.
Dalam hal ini maka dokter akan menasihatkan pasangan untuk mendapatkan anak perempuan.
Seperti yang kita ketahui percantuman benih lelaki dan perempuan akan menghasilkan embrio yang akan menjadi pewaris kita.
Penentuan jantina terletak di pihak lelaki,karena benih lelaki biasanya mengandungi kromosom Y untuk benih anak perempuan dan kromosom X untuk benih anak perempuan,manakala telur wanita hanya memgadungi kromosom X saja.
Pada kebiasaannya benih persetubuhan yang di keluarkan jumlahnya sama antara faktor jantina lelaki(Y) dan jantina perempuan (X).
Adalah di percayai bahwa benih yang berkromosom Y lebih aktif bergerak sehingga dapat menuju kesasaran dengan lebih cepat.
Manakala jangka hayat benih yang berkromosom Y lebih singkat berbanding dengan benih yang membawa kromosom X.
Benih yang membawa kromosom Y juga tahan lebih lama dalam suasana yang lebih Alkaline,sedangkan benih kromosom X lebih tahan dalam suasana yang berasid.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang benih yang mengandungi kromosom Y dan X ini dapat di pisahkan.Dan dengan pengetahuan inilah manusia boleh merancang jantina anak sebelum di senyawakan.
Sejak zaman berzaman manusia telah mengunakan bermacam-macam kaedah untuk merancang jantina anak.
Salah satu cara yang di gunakan adalah melalui kiraan bulan.Cara ini di amalkan oleh masyarakat cina,mereka berpendapat jika anak di lahirkan pada bulan tertentu maka anak lelaki akan dilahirkan,dan persenyawaan yang berlaku pada bulan lain akan menghasilkan anak perempuan.
Asas bagi pengunaan kalender ini tidak begtu di fahami dan tidak boleh di terima oleh ahli-ahli sains perubatan.
Sesetengah orang pula percaya jenis makanan mampu mempengaruhi jantina anak yang akan di lahirkan.
Ada pendapat yang mengatakan bahwa diet yang mengandungi banyak makan makanan laut besar kemungkinan anak lelaki yang akan di hasilkan.
Tidak terdapat bukti jelas dari segi sains perubatan yang dapat menyokong pendapat ini.
Teknologi pemisahan kromosom ini di lakukan setelah airmani lelaki yang di keluarkan tanpa persetubuhan di perolehi.Setelah proses pemisahan di jalankan maka benih yang telah di pilih akan di suntikkan ke rahim istri pada waktu yang tertentu sesuai dengan jantina yang kita inginkan.
Jepun ,Israel dan Amerika mempunyai teknologi ini yang di sebut sebagai Chromatography,namun di negara kita teknologi ini belum dapat di praktekkan.
Dalam cara pemisahan benih Y dan X yang di laporkan,pada asasnya ia mengunakan Albumin untuk memisahkan benih Y dan X.
Proses pemisahan ini di lakukan dengan mudah dalam satu tabung uji bedasarkan pada pergerakkan benih Y yang lebih cepat.
Benih ini akan berkumpul pada satu lapisan tertentu.
Apabila benih Y ini telah terkumpul,benih tersebut di ambil dan di suntikkan ke dalam rahim istri yang sedang subur.Cara ini tidak menjamin kejayaan 100%,kadar kejayaan bagi cara ini hanya 70% saja.
Satu perkara yang penting dalam proses ini adalah tatacara penyuntikkan atau insemination.Cara ini boleh di lakukan dengan mudah di klinik.
Ia tidak memerlukan peralatan yang rumit dan tanpa obat bius.Apa yang di perlukan adalah alat untuk memeriksa kemaluan wanita dan alat penyuntik benih yang khas.
Setelah menjalani persemanian wanita ini perlu berehat selama setengah jam untuk memberi peluang kepada benih untuk masuk ke dalam rahim.
Faktor lain yang menentukan kejayaan proses ini adalah penentuan waktu subur yang tepat.
Pada waktu subur wanita akan mengeluarkan telurnya,biasanya telur ini hanya bertahan sekadar 24-48 jam saja.
Banyak cara yang boleh di gunakan untuk menentukan waktu subur wanita :
1.Mengukur suhu badan setiap pagi selepas bngun sebelum mandi atau mengosok gigi.
suhu badan di catatkan pada carta khas yang akan menunjukkan pola sama ada wanita mengeluarkan telur atau tidak.
Pengeluaran telur ini biasanya dalam pusingan 28 hari,dan biasanya berlaku 13 atau 14 hari setelah haid hari pertama.
2.Dengan melihat lendir dari faraj.Untuk mendapatkan lendir ini sebaiknya d lakukan selepas buang air kecil,masukkan jari ke dalam kemaluan pastikan kuku tidak panjang.
Masukkan jari hingga menyentuh pangkal rahim yang keras seperti hidung,lendir pangkal rahim ini akan berubah rupa dan bentuknya mengikut pusingan haid.
Sebelum waktu subur lendir ini banyak dan jernih,manakala pada waktu subur lendir berubah menjadi lebih pekat.
setelah waktu subur lewat lendir menjadi kesat dan tidak jernih lagi.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH di dalam kemaluan wanita dapat di ubah menjadi lebih ber Alkaline ,kemungkinan anak lelaki di hasilkan.
Bagaimana cara untuk mengubah pH di dalam kemaluan?
Setengah jam sebelum persetubuhan lakukan satu prosedur yang di gelar ' Douching' atau membasuh kemaluan dengan sejenis cairan khas.
Dalam hal ini cecair yang sesuai adalah 'sodium bicarbonat' 8.4%
Douching ini memerlukan 1 alat seperti tiub yang di masukkan ke dalam kemaluan dan masukkan cecair yang di nyatakan ke dalam.Prosedur ini boleh di ajarkan oleh jururawat di klinik.
Jika pH di dalam faraj boleh di ubah menjadi sH maka anak perempuan akan di lahirkan.
Bagaimana untuk menukar pH ini?
Beberapa cairan pencuci faraj yang sedikit berasid seperti 'Lactacyd' dapat di gunakan untuk 'douching' lakukan seperti langkah diatas.
Keberhasilan cara ini hanya bekisar 70%,selebihnya kita kembali kepada kehendak Allah swt, kita harus bersyukur jika bayi yang di lahirkan sehat dan cukup sifat tidak kira lelaki atau perempuan.
Selamat mencoba...
Friday, 23 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment