Ampunilah segala dosa-dosa ku sengaja atau tidak sengaja dahulu sekarang yang akan datang
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan Mental
Kurniakanlah aku dengan sifat redha -Mu
Periharalah aku Ya Allah...
Peliharalah aku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangat ku menempuhi segala cabaran -Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Alah...
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu untuk ku d Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah orang yang akan membimbing tangan ku di titian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang di rahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini di takdirkan bukan untuk diri ku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap hawa nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aq kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku mencintai kesesatan
Kau bantu lah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Engkau lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku
Engkau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuran ku
Sekiranya aku silap dalam membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggung jawab ku sebagai istri
Engkau hukumlah aku di dunia -Mu tetapi bukan di Akhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah jalan-Mu
Ya Allah...
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu
Ya Allah...
Kuatkanlah hati dan semangat ku
Tabahkanlah aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku istri yang di sayangi suami
Bukakanlah hati ku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi istri solehah
Ya Allah...
Hanya pada-Mu ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aq leka dengankeindahan dunia-Mu
Kerana aku kurang sabar menghadapi cobaan-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu
Ya Allah...
aku hanya ingin menjadi istri yang di rahmati
Istri yang di kasihi
Istri yang soleha
Istri yang senantiasa di hati
Amin...Ya Rabbi Allamin..............
No comments:
Post a Comment